JEPUN: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.
Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.
Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.
Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.
Sementara itu, Jabatan Kajicuaca Malaysia menggesa orang ramai menghindari kawasan pantai Labuan dan Sabah ekoran kebimbangan ombak besar dan kenaikan paras air laut akibat gempa bumi di Jepun.
"Paras air dijangka naik di pantai sekitar Labuan dan Sabah menjelang jam 6 petang hingga tengah malam ini," kata jabatan berkenaan.Dalam pada itu, Bilik Operasi Wisma Putra berhubung gempa bumi di Jepun telah diaktifkan.
Melihat bencana alam di sana sini...tiada apa yang terdetik di hati melainkan hanya KEMATIAN. sesungguhnya kematian itu sangat hampir dengan kita..saat kita bersukaria...tiba-tiba datang air besar yang melanda? saat bersukaria...tiba-tiba bumi terbelah lalu menelan apa yang ada ke dalam perutnya.... tiada apa lagi yang mampu dilakukan...saat itu cuma terfikir kemana aku selepas ini?..
"Ya ALLAH...ampuni dosa-dosa kami ya ALLAH....berilah pengampunanMU ya ALLAH....Ya ALLAH..selamatkan iman kami Ya ALLAH...KAU hidupkan kami dalam iman dan taqwa..KAU matikan kami dalam iman dan taqwa Ya ALLAH...Ya ALLAH..padaMU kami mohon perlindungan dan rahmat."
0 comments:
Catat Ulasan