Halaman

Selasa, 15 Mac 2011

Berita Tsunami : Letupan Ke-2 Loji Nuklear Di Jepun, Sekurang-Kurangnya 10000 Penduduk Terbunuh!

Berita terbaru yang diterima dari Jepun adalah berkenaan dengan letupan kedua loji nuklear di jepun.Letupan pertama berlaku pada hari sabtu yang lalu yang telah menyebabkan kemusnahan bangunan sekitar loji nuklear berkenaan.
Setelah berlakunya letupan pertama setelah masalah kegagalan sistem penyejukan pada loji nuklear berkenaan,semua penduduk yang terselamat dipindahkan bagi mengelakkan kemungkinan berlaku letupan yang kedua.Walaubagaimana pun,letupan kecil pada reactor logi no-3 yang telah menyebabkan 11 pekerja mengalami kecedaraan dan menyebabkan asap tebal.
Difahamkan sebanyak 2000 mayat dijumpai dan berjuta-juta penduduk yang lain hidup dalam keadaan sangat teruk kerana ketiadaan air,makanan,elektrik dan tenaga elektrik.
Walaubagaimana pun,kesedaran yang ditunjukkan oleh negara-negara lain dengan menghantar bantuan kecemasan ke Jepun dalam masa yang singkat.Ada yang menghantar pasukan medik,ada yang menghantar pasukan pencari dan ada yang menghulurkan bantuan makanan dan minuman kepada penduduk jepun.
Diharap tiada lagi berlakunya letupan di Jepun selepas ini.Mula-mula gempa bumi kemudian disusuli oleh tsunami.Sekarang ini pula adalah letupan loji Nuklear.Lepas ini pula adalah masalah radiasi dan juga kebuluran.Diharap penduduk Jepun tabah dengan apa yang berlaku.Insya-Allah.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...