Halaman

Selasa, 1 Mac 2011

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE





YES.. YES.. YES...
Akhirnya sampai juga kami ke sini..
tahun 2011 baru dapat tunaikan..!!

Kali nie trip kami ikut Dept. Data Governance.. Thanks Kak Faizah !!!


Kami seramai 29 org sabar menanti di Menara Maybank.. tepat 12.30 a.m kami bertolak dari menara maybank ke JB. Kami berhenti berehat di Gelang Patah R&R ...

menunggu di GM parking


 me and kak rita


 semua tgh sibuk simpan beg sebelum bergerak...


 papa sibuk update fb status :)


 sarapan pagi di Gelang Patah R&R.. recommended shop !




Tepat jam 9.00 pagi kami semua dah start beratur ke pintu masuk USS .. sebelum to sempat kami round Resort World Casino..


 still fresh sebab baru sampai.. nie kat basement parking




picture nie di pintu masuk Resort World Casino


picture nie di pintu masuk Resort World Casino 




bawah nie rakaman detik2 sebelum masuk USS....






 semua tgh khusyuk mendengar briefing dari Mr Tommy..


 gambar beramai2 ahli rombongan...:)


me and hubby






woww... best betul rasenyer.... Lokasi pertama adalah masuk ke Jurrasic Park ride.. mula2 macam x takut lepas jalan.. mak ai.. takutnyer... sebab last2 jadi semakin laju... Then next ride membuatkan baju ku separuh basah.. tapi pelik hubby x basah lak.. memang menakjubkan.. and best giller....tapi mcam rugi x beli picture sebab pic x cantik sgt.. nie macam kena repeat lak.. papa ..umi nak ge  lagi.. belanja plzzzz....


Lokasi 1 : LOST WORLD
Terbahagi kepada 2 bahagian... WATER WORLD dan JURRASIC PARK






Water World Show @ 12.45 pm.. memang happening and real stunt.. tapi berhati2 anda akan basah kalau duduk di hadapan pentas ;)



 
 
 

Teruskan perjalanan then kitaorang masuk alam mumia. serious menyeramkan. takut weh .. ride yg menyeramkan.. tapi enjoy... then beratur untuk treasure hunters ...memang kene beratur panjang kat sini.. tapi sekejap shj dah sampai turn... enjoyyy !!!


Lokasi 2 : ANCIENT EGYPT



Antara view yang akan dijumpai sepanjang perjalanan tu.. 
semua ni replika aje tapi nampak betul dan hidup...
Tempat ni penuh dengan kesan peninggalan purba zaman Firaun dulu.. patung-patung besar Sphinx dan The Mummy memenuhi seluruh kawasan ni..









Lepas to hubby memberanikan diri utk naik  Battlestar Gallactica.. roller coaster maut yang memang  x berani nak naik.. dari dulu lagi memang x berani naik roller coaster... seram....but caya la papa berani tooo ...

Sibuk my hubby naik Gallactica i sibuk naik .. accelerator yang berpusing laju.. nasib x pening .. salah seorg member x berani naik takut pening and muntah ...

Lokasi 3 : SCI-FI CITY









After this kami gerak pergi tonton Shrek in 4D. yang ni pun best. mula tak tahu gak apa tu 4D tapi lepas alami sendiri baru tahu kenapa panggil 4D. kitaorang diarahkan masuk satu panggung wayang dengan pakai spec 3D but then bila ada apa scene macam katak melompat dalam cerita Shrek tu nanti kerusi kami pun bergoyang seolah² kitaorang pun ikut melompat. lepastu kalau kalau ada apa scene air dalam cerita tu nanti aku pun rasa air tu. habis basahhhh! bila scene angin nanti rasa angin juga. yang paling best bila ada scene keluar labah banyak² and rasa macam ada labah kat kaki. melompat² macam nak lari padahal takda apa-apa pun. HAHA. lawak je.


Lokasi 4 : FAR FAR AWAY 








Mana mungkin kami melepaskan peluang bergambar bersama Shrek dan Puteri Fiona dan tidaklupa Pussy :)..






Lokasi 5 : New York

Kemudian kami saksikan beberapa road show sepanjang New York...








" Light ! Camera ! Action ! arahan dari Steven Spielberg... dalam ni kami dipertontonkan dengan aksi pembikinan filem di laut di mana kapal terbakar.. dengan kesan bunyi yang real, bahang api yang terasa sampai ke kulit dan percikan air yang tinggi.. nasib sebab erdiri kat port . selamat dari basah kuyup...






Lokasi 6 : HOLLYWOOD

Dengan pemandangan sebuah town yang mirip dengan Hollywood dan banyak watak kartun yang muncul.. yang penting mesti bergambar dengan dorang ni..kalau x rugi kalau x bergambar.... yang paling bestnya semua watak ni akan ditemani dengan sorang entertainer yang akan bantu kita tangkapkan gambar dan gambar pun memang cun.. luv it !!






Kami lunch kat hollywood... ni la restoren Mel's Drive-in tempat kami makan. makan burger set sahaja.. dah penat x lalu sangat nak makan.. :)






Lepas makan, kami sambung tour...
kami bergambar dengan pelbagai karektor  yang ada di sepanjang jalan








Studio last yang kami masuk.. persembahan nyanyian dari hantu-hantu.. ingatkan takut macam dalam rumah hantu, tapi rupenya seronok dan kelakar...




kemudian kami berhenti berehat sambil membeli belah Universal Studios Souveniour Shop,



Lokasi 7 : MADAGASCAR



Sebelum tu, sempat kami bergambar kat sini... yang ni boleh bergambar sendiri atau gambar kita akan automatik tercetak.. jadi sape nak beli buat kenangan boleh la beli dengan harga $12.







More pictures of Universal Studios Singapore:









Apa yang saya dapat simpulkan dari pengalaman kami, Universal Studio adalah satu taman tema yang sesuai untuk keluarga. Sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih mencabar atau thrilling, universal studio singapura mungkin bukan tempatnya. 
Walaubagaimanapun kami amat tertarik dengan senibinaan dan efek-efek yang digunakan dalam beberapa pemainan dan pertunjukan seperti,roller coster dalam Ancient Egypt, wayang Shrek 4D dan juga pertunjukan Light, Camera, Action hasil ciptaan Steven Spielberg. 
Ianya diatur dengan amat teliti yang pasti menarik dan mengkagumkan.


Sebelum balik kami semua menonton song of the sea @ Waterfront... menakjubkan.. persembahan air dan laser....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 


after that kami semua kembali ke uss and menonton love take flight at 9pm nightly




finally kami berangkat untuk menikmati pemandangan malam melalui Singapore River Night Cruise....
 station berlokasi di famous night spot Clark Quay

cruise melalui  3 main sites , melalui the Riverside Point and City Hall area.

 The Fullerton Hotel dilimpahi cahaya lampu...

 Esplanade

Marina Bay Sands Resort/Hotel


- THE END -

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...