credit to Mr Google
Kami berjaya book online tiket utk 3 org, budak2 tinggal kat rumah. me + hubby and beloved brother ge tgk wayang dah lama x tgk wayang nie ..nie merupakan filem pertama bg tahun 2011.. dulu selalu gak date tgk wayang.. kebelakangan nie agak sibuk ... berikut ikuti review tentang filem inĂ...
Tajuk Filem: Hikayat Merong Mahawangsa
Pengarah: Yusry Abd Halim
Penerbit: KRU Studios
Tayangan (Malaysia): 10 Mac 2011
Pelakon:
Stephen Rahman Hughes,Jing Lu,Gavin Stenhouse,Craig Robert Fong,Eric Karl Henrik ,Norman,Keith Chong,W. Hanafi Su,Dato’ Rahim Razali,Khir Rahman,Ummi Nazeera,Nell Ng,Jehan Miskin,Umi Aida,Kuswadinata,Mano Maniam,Ravi Sunderlingam
Sinopsis:
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
- Satu percubaan cerita epik untuk KRU Production.
- Pemilihan kawasan penggambaran tepat. Pemandangan tepi pantai, perkampungan Langkasuka dan Pulau Geruda memang cun habis. Katanya penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% adalah di Terengganu.
- Aksi lawan dan pergaduhan one by one perlu diberi pujian. Tahniah kepada krew yang terlibat!
- Props, busana dan costume yang digunakan dalam filem ini sungguh awesome! Betul-betul membawa penonton ke zaman kurun ke-2.
- Menampilkan pelakon-pelakon daripada pelbagai kaum. Ada part suspen, lawak dan sedih, bak kata orang secukup rasa.
- Boleh katakan filem ini mampu pergi jauh berbanding filem epik lain yang pernah hadir di pawagam di negara kita. Dan tidak keterlaluan jika aku katakan, ianya mampu mencatat rekod sebagai filem pecah panggung. Tidak rugi menontonnya.
- Rating bagi filem ini 8/10 bintang
- Tahniah KRU.Studios
0 comments:
Catat Ulasan