Halaman

Khamis, 8 Disember 2011

Day2 - Krabi





Day1 - Krabi


Lama betul x update personal blog nie.. balik2.. Wardrobe Ummi je yg updated.Cerita terkini.....tentang percutian kami di Krabi dari 03-06 December yang lalu. 

Kami beli tiket ni dah lama RM295 for 2 person (2 way).

Jam 7.00 pagi kami dah keluar sebab takut double AA ikut, kali nie kereta park dekat office hubby and naik bus from KL Sentral ke LCCT (RM9). Sebelum to kami lepak @ Tangling untuk sarapan pagi.

Perjalanan dari LCCT ke Krabi amik masa sejam lebih. Tapi bila sampai sana, waktu Thailand lambat sejam dari Malaysia, rasa cam perjalanan 10min jelah hehehehe , tapi agak lewat sebab flight full utk ari to.. AA nie macam biasa kalau weekend mesti x boleh ikut time... :)

Krabi International Airport...... tak besar sangat macam saigon airport.

Sampai kat airport, kena cop pasport and ambik gambar dan scan apa yang patut kat imigresen Thailand. Keluar dari balai ketibaan, dah ada orang tunggu dengan sepanduk nama Nor Arika Syarif .... so kami terus ikut dia untuk naik taxi - Honda CIVIC. Kami amik Guest House- Haleeva dekat2 area pantai Aonang tapi x la dekat sgt dgn pantai. Hotel ni tak sediakan free pick-up service dari airport, jadi kami kena bayar 1100THB untuk duahala.



Dari airport ke Aonang Beach amik masa dalam 30 min. Yang kami nampak cuma melalui kawasan kampung, tak ikut town Krabi. Jadi perjalanan kami ke hotel takda apa yang menarik untuk diceritakan.

Lepas mandi, kami terus bersiap2 untuk elephant trekking. Tepat Jam 4.00 ptg, isteri Mr Rashid datang menjemput kami dgn menaiki MAZDA 2, putih. Perjalanan ke tapak SAFARI dalam 20 minit sahaja. Jom layan picture dari activity elephant trekking.

En Azehar telah menjatuh kan beg galas ku dari LANTA (gajah yg kami naiki)... nasib baik tak pecah barang2 dalam beg to....activity keseluruhan mengambil masa 1 jam lebih...apa2 pun we're enjoying the activity... (note: papa.. rupa2 u penakut yer naik gajah...)


Lepas maghrib, kami ronda2 cari makan... kali ni lagi meriah. Penuh gerai jualan di kiri kanan jalan dan gerai makanan Islam pun banyak. Rupa-rupanya dorang ni berniaga sakan waktu malam. Nasib baik guest house yang kami sewa ni berdekatan dengan semua tempat ni. So, senang la kami nak balik hotel dan kuar balik berulang kali. Kali nie kami cuba makan di kedai SAREEFAH. Makanan halal senang untuk dicari berdasarkan lambang bulan dan bintang... lambang itu menanda kan HALAL atau pun logo halal.
Menu makan malam kami paprik ayam + nasi putih + tomyam seafood + spring roll + air teh ais susu + teh o ais.. total 320 THB... agak mahal..bg kami...



Selepas makan malam, masa untuk ronda-ronda kat depan Aonang Beach, kami tengok ada banyak betul kedai jahit. Semua kedai nampak eksklusif tapi kami x singgah mana2 kedai sebab sekarang dalam musim peak season. Malam ini hanya jalan2 and survey harga.. no shopping....

Ada banyak gerai makanan Islam kat sini, so takda masalah nak makan apa-apa pun. Harga pun tak mahal sangat, sama je kat warung di Malaysia. Yang paling istimewa....makanan wajib try di Krabi....Pancake (a.k.a. roti canai) .....memang terbaik !!!!!!








Jumaat, 30 September 2011

Kasut baru alya

Kasut adidas.. Dibeli di menara maybank sempena staff bazaar.. Macam2 ader...



- Posted using BlogPress from my iPad

Jumaat, 9 September 2011

Staff Hari Raya Open House and Refreshed Maybank Logo Launch - TODAY is the Day!


Rabu, 6 Julai 2011

Review Filem Transformer : Dark Of The Moon



Filem Transformer 3 ini adalah kesinambungan daripada Transformer 1 pada tahun 2007 dan Transformer 2: Revenge Of The fallen, merungkai persoalan daripada siri yang sebelumnya. Dimana ia menceritakan tentang niat asal Megatron yang mahu menghidupkan bala tenteranya dengan menggunakan kuasa yang akan dijana daripada All Spark Kiub dan The Matrix, sebagai 'teleport' Cybertron membina semula planet transformer ke bumi. Bukan untuk menaklukinya.

Pada tahun 1961, The Ark iaitu kapal yang membawa teknologi teleport bersama kunci penghidupnya telah terkandas di bulan semasa The ark cuba melarikan diri untuk mengelakkan teknologi tersebut dirampas pihak Decepticon. Amerika dan Russia belumba-lumba untuk sampai ke bulan demi mendapatkan maklumat tentang makhluk ini. Akhirnya pada tahun 1969, Apollo 11 telah berjaya mendaratkan angkasawan iatu Neil dan seorang lagi rakannya. Kejayaan Amerika bukan sahaja melakar sejarah tetapi mengambil sampel kapal yang terhempas di bulan.

Optimus Prime naik berang apabila mendapat tahu manusia merahsiakan penemuan kapal The Ark di bulan daripada pengetahuannya. Optimus pergi kebulan dan membawa balik ke bumi Sentinel iaitu pemimpin di planet mereka. Penceritaan mengenai kehidupan Sam Witwicky bersama kekasihnya Carly juga diselitkan memantapkan lagi jalan cerita filem ini. Watak Carly(Supermodel Rosie Huntington-Whiteley) juga setanding Megan Fox, sama hebat, sama seksi..mengancam.
Sentinel yang pada mulanya memihak kepada Autobot menampakkan kekuatan menentang Decepticon tetapi rupa-rupanya Sentinel adalah pengkhianat yang bersubahat dengan Megatron mengaktifkan teleport untuk membawa planet mereka ke bumi. Muslihat Decepticon untuk menghapuskan Autobot tidak berhasil apabila Rocket yang menghantar Autobot keluar dari bumi diletupkan tanpa Autobot didalamnya. Sam nekad untuk menentang Decepticon sendirian demi mencari kekasihnya Carly yang ditangkap. Kemunculan semula Autobot hanya selepas bandar dimusnahkan. Pertarungan hebat antara Autobot dan Decepticon begitu hebat sekali dan rasa tak puas tengok lagi.

Sabtu, 21 Mei 2011

Review Filem : Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides : Movie Review



Sinopsis:

Keseluruhan cerita ini mengisahkan pengembaraan mencari Fountain of Youth, iaitu lagenda di mana sesiapa yang minum air dekat fountain ni akan hidup lama, ala-ala 2kali ganda gitu. Bagaimanapun, untuk mendapatkan kesaktian tersebut, mereka mesti menjalankan upacara di Fountain of Youth itu iaitu minum air dari 2 mangkuk perak yang diambil dari pada sebuah kapal lagenda serta air mata duyung. Captain Jack Sparrow pula dikatakan antara orang2 yang mengetahui dimana letaknya kapal lagenda itu, jadi die diperlukan untuk mendapatkan 2 mangkuk perak. Untuk air mata duyung pula, ia lagi mencabar sebab duyung ialah mahkluk yang dahsyat, dahsyat macam mana? Anda tengoklah sendiri nanti.


Jadi die diburu oleh Blackbeard, seorang lanun lagenda yang mempunyai magik dan ingin mendapatkan Fountain of Youth. Dalam cerita ini juga, Captain Jack Sparrow ditemukan dengan Angelica yang hot (lakonan Penelope Cruz), yang merupakan kisah cinta silam Jack Sparrow. Jadi berjayakah Blackbeard menggunakan Jack Sparrow untuk mendapatkan Fountain of Youth itu? Dalam masa yang sama pihak kerajaan England dan Sepanyol juga ingin mendapatkan Fountain of Youth itu. England menggunakan taktik yang lebih hebat dimana mereka mengupah Captain Barbossa untuk mendapatkan Fountain of Youth.

Dalam masa yang sama, ramalan mengatakan yang Blackbeard terdesak untuk mendapatkan Fountain of Youth itu kerana dia diramal akan mati di tangan Captain Barbossa dalam masa 2 minggu lagi..….menarik tak? So, untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah Pirates of Carribean : On Stranger Tides ... apa2 pun nak tonton utk kali kedua ...!!!


Khamis, 5 Mei 2011

Fast & Furious 5 : Movie Review



Sinopsis :

Ok, bagi yang nak tengok dulu Trailer Fast Five boleh klik dekat sini. Fast Five merupakan siri kelima dari siri filem Fast and Furious. Filem bermula dengan Dominic Toretto (Van Diesel) berjaya melarikan diri dari penjara dengan bantuan adiknya, Mia Toretto (Jordana Brewster) dan Brian O’Connor (Paul Walker) lantas membentuk satu trio yang dikehendaki oleh FBI.

Mereka melarikan diri ke Rio, Brazil dan mula menjalankan kegiatan biasa mereka iaitu merompak kereta mewah. Namun, apa yang terjadi ialah mereka telah tersilap merompak kereta yang sepatutnya dihantar kepada Reyes, seorang hartawan taiko di Rio yang merupakan dalang kepada semua kegiatan jenayah di Rio. Rupanya terdapat sesuatu pada kereta itu yang sangat penting buat Reyes.
FBI mula menghantar pemburu terhebat mereka, Hobss (lakonan The Rock) untuk memburu mereka bertiga di Rio. Begitu juga dengan Reyes dan kuncu-kuncunya yang mahukan semula kereta tersebut. Namun seperti biasa, hero tak boleh goyang. Menyedari mereka mempunyai sesuatu yang penting buat Reyes, mereka merancang untuk merompak harta Reyes yang bernilai 100juta, dan ini merupakan cabaran hebat kerana Rio bukan tempat mereka dan Reyes telah merasuah seluruh Rio bagi melindungi hartanya.

Lantas, mereka mula mengumpulkan star-star dalam bidang rompakan yang mereka pernah kenali (dari Fast and Furious 1 hinggalah Fast and Furious 4). Setiap mereka mempunyai kepakaran masing-masing dan semuanya memang handal dalam lumba kereta haram. Antara yang menarik ialah Han (dari Fast Furious Tokyo Drift), Tej dan Roman Pearce (dari Fast Furious 2) dan Gisele dan Don (dari Fast and Furious 1). Jadi berjayakah mereka dalam mission imposibble ini? Macam mana pulak nak tewaskan the Rock yang besar gabak itu? Ketahuinya, dengan menonton The Fast Five……JOM TONTON !!!!


Review :

  1. Berkonsepkan All-star
  2. Jalan cerita yang sukar dijangka
  3. Aksi yang dahsyat
  4. Banyak dialog kelakar
  5. Kurang unsur modified kereta
Kesimpulannya, filem ini memang sangat berbaloi untuk ditonton dan rasanya merupakan filem terbaik 2011 yang pernah saya tonton setakat ini. Rugi rasanya kalau anda seorang kaki wayang akan tapi anda miss tengok filem yang hebat ini.

Ahad, 1 Mei 2011

Cuti-cuti Malaysia : Langkawi Day2

Agenda hari kedua kami adalah.. island hopping.. pakej yg murah (berbaloi) RM25 utk dewasa dan RM15 utk kanak2.. kami ambik @ pantai cenang....akid and alya punya la exciting..akan tetapi ummi agak risau sebab .. lutut baru kena injection.. harap2 semua nyer okey....destinati pertama kami aderlah ke tempat menaiki bot island hopping yg terletak di awana porto malai.. pulau pertama yg kami singgah aderlah Pulau Dayang Bunting (Lake of Pregnent Maiden).. kemudian Pulau Singa Besar (Animals Sanctuary) dan akhir sekali Pulau Beras Basah (White Sandy Beaches) ....


@ awana porto malai


@ Pulau Dayang Bunting (Lake of Pregnent Maiden)



@ Pulau Singa Besar (Animals Sanctuary)



@ Pulau Beras Basah (White Sandy Beaches)

Cuti-cuti Malaysia : Langkawi Day1 (part2)

setelah beristirehat sebentar...kami terus menuju ke pekan kuah.. di mana perlu mencari gerai makan..atuk + nenek semua dah lapar..selepas perut kenyang diisi.. kami meneruskan destinasi ke beberapa kedai wajib... Haji Ismail Group + SAGA + COCO VALLEY + IDAMAN SURI utk mencari apa yg patut. Akan tetapi kali nie pergi bukan utk membeli belah sgt.. just for holiday...


akid and alya sibuk betul dgn coklat2 yg baru dibeli!!!


setelah penat membeli belah di pekan... kami kembali ke hotel utk mandi dan beristirehat sebelum keluar jalan2 cari makan malam.. malam nie kami semua dah bersetuju utk makan masakan thailand....
Restoran Wan Thai

Opening Hours Open daily : 11.00am - 3.00pm and 6.30pm - 10.00pm
Location
80-82, Langkawi Mall, Dundung, Jalan Kelibang,
07000 Kuah, Langkawi.

Enquires & Reservations
Please Call: 04-9661214 & H/P: 012-4308014
Fax: 04-9671214

Cuti-cuti Malaysia : Langkawi Day1 (part1)





Percutian seisi keluarga kali nie kami ke Langkawi.. kali nie dpt AA fair RM 60 seorg ge balik termasuk beg dan seat... jadi la to.. percutian kami bermula dari 25 april 2011 hingga 27 april 2011. Kali nie bukan utk shopping.. this time more on holiday....kami sekeluarga bertolak jam 9.30 pagi dan dalam 1 jam kami tiba dia LCCT.  Tepat jam 11.30 pagi kami diarahkan beratur utk menaiki pesawat... Alya and Akid betul2 gembira sebab kali nie holiday bersama.. atuk + nenek + acu...






 kali nie penerbangan mengambil masa yg agak lama disebabkan kesibukan landasan di LCCT..maka itu.. bermacam ragam dilakukan oleh anak2 umi di dalam flight.






 Tepat jam 1.30 tgh hari kami tiba di Langkawi Airport. Papa terus bergegas ke tmpt ambik beg and call kereta sewa..kami terus menuju ke pekan kuah  tetapi destinasi yg sebenarnyer adalah ke CITIN HOTEL ..for checkin...and beristirehat sebelum aktiviti seterusnyer...


anak umi yg begitu gembira bila dah tiba di langkawi airport.






Tontonan Hujung Minggu - I Am Number Four

Minggu nie layan cita I am number four.. new DVD....jom kita layan...

mr google 

I Am Number Four berkisah tentang 9 alien remaja yang melarikan diri sesaat setelah planet mereka, Lorien dihancurkan oleh spesies lain saingan mereka. Salah satu alien tersebut bernama Number Four (Alex Pettyfer) kemudian bersembunyi di bumi dan menyamar sebagai remaja SMU di Paradise, Ohio.

Number satu, Number dua, dan Number tiga telah mati. Kini giliran Number empat. John Smith (Alex Pettyfer) adalah yang Number empat. Ia harus bersembunyi dari mereka yang mengancam nyawanya. Namun saat John menemukan cinta, ia tidak lagi merasa takut. Ia harus melawan. John Smith tak mahu lagi hidup di dalam pelarian. Walaupun harus mati, John sudah bersiap sedia.

Alkisah, ada sembilan bayi dari planet lain yang melarikan diri dan terdampar di bumi. Sembilan bayi ini selalu dikawal oleh pengawal mereka sampai mereka semua dewasa. Saat itu, sembilan bayi ini akan memiliki kekuatan super dan tak boleh dikalahkan. Sampai saat itu tiba, adalah tugas sang pengawal untuk menyelamatkan bayi-bayi ini. Bayi-bayi ini hanya boleh dibunuh mengikut urutan mereka.

Bayi Number empat yang kemudian mengambil identiti sebagai John Smith ini pun selalu hidup di dalam pelarian, dan dia ditemani Henri (Timothy Olyphant), pengawalnya. Suatu ketika, John sampai di sebuah kota bernama Paradise. Tidak  disangka, kota ini pula yang memperkenalkan John Smith kepada Sarah Harte (Dianna Agron). Saat cinta mulai tumbuh di hati John, dan makhluk dari planet asing ini pun yakin kalau ia tak mau lagi hidup dalam pelarian. Bagaimana nasib si Number empat ini? jom kita layan DVD....tgk kesudahan cerita ini.....

Red Riding Hood: movie review


Jumaat lepas kami berdua mengagahkan diri untuk menonton Red Riding Hood walaupun sebenarnyer kesibukan melanda kami berdua.. peluang ini tidak di sia2 kan.. berikut sinopsis dan review tentang filem ini.

pic frm Mr google




Sinopsis Filem Red Riding Hood

Filem Red Riding Hood mengisahkan perkampungan zaman pertengahan Eropah menjadi mangsa serigala pembunuh. Penduduk kampung ketakutan menawarkan peliharaan terbaik dalam upacara tertentu menjamu binatang buas itu supaya tidak diganggu.
Tiba-tiba berlaku kacau-bilau apabila adik Valerie ditemui mati. Penduduk mewujudkan kumpulan mencari bagi membunuh serigala dahaga darah itu. Apapun, seorang lelaki misteri (lakonan Gary Oldman) memberitahu pembunuh bukan serigala tetapi salah seorang penduduk kampung berupa serigala jadian. Penduduk kampung bertelagah sesama sendiri mencari pembunuh terbabit.
Pada masa sama, Valerie berdepan masalah lain kerana terbabit dalam cinta tiga segi. Dia mencintai Peter, seorang pemotong kayu muda tetapi ibu bapanya berjanji untuk menjodohkannya dengan Henry (Max Irons).Apa sebenarnya yg akan terjadi???... Ha, untuk menjawab soalan-soalan ini, anda tontonlah The Red Riding Hood......

Review :
1. Jalan cerita yang best dan tidak mengikut buku
2. Hero yang hensem dan heroin yang cun
3. Kualiti gambar yang tidak menyakitkan hati
4. Serigala yang tidak kelihatan seperti kartun dan nampak benar CGInya

Info:

Filem yang ditulis oleh David Leslie Johnson ini diterbitkan oleh pelakon popular, Leonardo Dicaprio. Selain diinpirasikan daripada buku dongeng kanak-kanak Peranchis, ‘Le Petit Chaperon Rouge’ (Little Red Riding Hood), ia juga terinspirasi daripada buku Bruno Bettelheim yang berjudul The Uses of Enchantment.

Ahad, 24 April 2011

Tadika Maju Diri Sport Day

Sport Day Programme

8.00     All children assemble and have light breakfast
8.30     Marching Performance
8.45     Negaraku
9.00     Good Morning wishes
9.10     Welcome speech
9.25     Break time
9.45     Sport event begins




Jom layan gambar-gambar ketika and sebelum sport day!!!




Akid & alya ... ummi kami dah bersedia....


Gelanggang & hadiah utk hari ini..









Alya yg tiba-tiba bad mood... kesian papa asyik mendukung alya jer....

**Marching Performance**



                             

** Sport Event**

Throw bean bag into basket






Arrange to the same colours

Match the shapes

Blind man race


** Prize Presentation Ceremony**

team akid dpt tmpt kedua.. jadi la.. yg pending akid enjoy!!!



hadiah dlm kotak.. umi and papa punya.. dpt tmpt ketiga utk parent's event....




** Other's - si cilik alya sibuk utk bersukan jugak**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...