Jumaat lepas kami berdua mengagahkan diri untuk menonton Red Riding Hood walaupun sebenarnyer kesibukan melanda kami berdua.. peluang ini tidak di sia2 kan.. berikut sinopsis dan review tentang filem ini.
pic frm Mr google
Sinopsis Filem Red Riding Hood
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_t6Zpn2MTQ0O4xZ0s952kgZLbhVDXB60oP5u9COnmldUJzHF1AeAKlI-UKmapqt1nkW1Ulla437pwGHNN6GkkCWhp2TIyzvBhU6FME8J7lrMe8DJsS47NhhF_MGfZs-IGpHJvA-lwv7Y/s320/files.jpg)
Tiba-tiba berlaku kacau-bilau apabila adik Valerie ditemui mati. Penduduk mewujudkan kumpulan mencari bagi membunuh serigala dahaga darah itu. Apapun, seorang lelaki misteri (lakonan Gary Oldman) memberitahu pembunuh bukan serigala tetapi salah seorang penduduk kampung berupa serigala jadian. Penduduk kampung bertelagah sesama sendiri mencari pembunuh terbabit.
Pada masa sama, Valerie berdepan masalah lain kerana terbabit dalam cinta tiga segi. Dia mencintai Peter, seorang pemotong kayu muda tetapi ibu bapanya berjanji untuk menjodohkannya dengan Henry (Max Irons).Apa sebenarnya yg akan terjadi???... Ha, untuk menjawab soalan-soalan ini, anda tontonlah The Red Riding Hood......
Review :
1. Jalan cerita yang best dan tidak mengikut buku
2. Hero yang hensem dan heroin yang cun
3. Kualiti gambar yang tidak menyakitkan hati
4. Serigala yang tidak kelihatan seperti kartun dan nampak benar CGInya
Info:
Filem yang ditulis oleh David Leslie Johnson ini diterbitkan oleh pelakon popular, Leonardo Dicaprio. Selain diinpirasikan daripada buku dongeng kanak-kanak Peranchis, ‘Le Petit Chaperon Rouge’ (Little Red Riding Hood), ia juga terinspirasi daripada buku Bruno Bettelheim yang berjudul The Uses of Enchantment.
0 comments:
Catat Ulasan