Ok, bagi yang nak tengok dulu Trailer Fast Five boleh klik dekat sini. Fast Five merupakan siri kelima dari siri filem Fast and Furious. Filem bermula dengan Dominic Toretto (Van Diesel) berjaya melarikan diri dari penjara dengan bantuan adiknya, Mia Toretto (Jordana Brewster) dan Brian O’Connor (Paul Walker) lantas membentuk satu trio yang dikehendaki oleh FBI.
Mereka melarikan diri ke Rio, Brazil dan mula menjalankan kegiatan biasa mereka iaitu merompak kereta mewah. Namun, apa yang terjadi ialah mereka telah tersilap merompak kereta yang sepatutnya dihantar kepada Reyes, seorang hartawan taiko di Rio yang merupakan dalang kepada semua kegiatan jenayah di Rio. Rupanya terdapat sesuatu pada kereta itu yang sangat penting buat Reyes.
FBI mula menghantar pemburu terhebat mereka, Hobss (lakonan The Rock) untuk memburu mereka bertiga di Rio. Begitu juga dengan Reyes dan kuncu-kuncunya yang mahukan semula kereta tersebut. Namun seperti biasa, hero tak boleh goyang. Menyedari mereka mempunyai sesuatu yang penting buat Reyes, mereka merancang untuk merompak harta Reyes yang bernilai 100juta, dan ini merupakan cabaran hebat kerana Rio bukan tempat mereka dan Reyes telah merasuah seluruh Rio bagi melindungi hartanya.
Lantas, mereka mula mengumpulkan star-star dalam bidang rompakan yang mereka pernah kenali (dari Fast and Furious 1 hinggalah Fast and Furious 4). Setiap mereka mempunyai kepakaran masing-masing dan semuanya memang handal dalam lumba kereta haram. Antara yang menarik ialah Han (dari Fast Furious Tokyo Drift), Tej dan Roman Pearce (dari Fast Furious 2) dan Gisele dan Don (dari Fast and Furious 1). Jadi berjayakah mereka dalam mission imposibble ini? Macam mana pulak nak tewaskan the Rock yang besar gabak itu? Ketahuinya, dengan menonton The Fast Five……JOM TONTON !!!!
Review :
- Berkonsepkan All-star
- Jalan cerita yang sukar dijangka
- Aksi yang dahsyat
- Banyak dialog kelakar
- Kurang unsur modified kereta
Kesimpulannya, filem ini memang sangat berbaloi untuk ditonton dan rasanya merupakan filem terbaik 2011 yang pernah saya tonton setakat ini. Rugi rasanya kalau anda seorang kaki wayang akan tapi anda miss tengok filem yang hebat ini.
0 comments:
Catat Ulasan