Halaman

Khamis, 8 Disember 2011

Day1 - Krabi


Lama betul x update personal blog nie.. balik2.. Wardrobe Ummi je yg updated.Cerita terkini.....tentang percutian kami di Krabi dari 03-06 December yang lalu. 

Kami beli tiket ni dah lama RM295 for 2 person (2 way).

Jam 7.00 pagi kami dah keluar sebab takut double AA ikut, kali nie kereta park dekat office hubby and naik bus from KL Sentral ke LCCT (RM9). Sebelum to kami lepak @ Tangling untuk sarapan pagi.

Perjalanan dari LCCT ke Krabi amik masa sejam lebih. Tapi bila sampai sana, waktu Thailand lambat sejam dari Malaysia, rasa cam perjalanan 10min jelah hehehehe , tapi agak lewat sebab flight full utk ari to.. AA nie macam biasa kalau weekend mesti x boleh ikut time... :)

Krabi International Airport...... tak besar sangat macam saigon airport.

Sampai kat airport, kena cop pasport and ambik gambar dan scan apa yang patut kat imigresen Thailand. Keluar dari balai ketibaan, dah ada orang tunggu dengan sepanduk nama Nor Arika Syarif .... so kami terus ikut dia untuk naik taxi - Honda CIVIC. Kami amik Guest House- Haleeva dekat2 area pantai Aonang tapi x la dekat sgt dgn pantai. Hotel ni tak sediakan free pick-up service dari airport, jadi kami kena bayar 1100THB untuk duahala.



Dari airport ke Aonang Beach amik masa dalam 30 min. Yang kami nampak cuma melalui kawasan kampung, tak ikut town Krabi. Jadi perjalanan kami ke hotel takda apa yang menarik untuk diceritakan.

Lepas mandi, kami terus bersiap2 untuk elephant trekking. Tepat Jam 4.00 ptg, isteri Mr Rashid datang menjemput kami dgn menaiki MAZDA 2, putih. Perjalanan ke tapak SAFARI dalam 20 minit sahaja. Jom layan picture dari activity elephant trekking.

En Azehar telah menjatuh kan beg galas ku dari LANTA (gajah yg kami naiki)... nasib baik tak pecah barang2 dalam beg to....activity keseluruhan mengambil masa 1 jam lebih...apa2 pun we're enjoying the activity... (note: papa.. rupa2 u penakut yer naik gajah...)


Lepas maghrib, kami ronda2 cari makan... kali ni lagi meriah. Penuh gerai jualan di kiri kanan jalan dan gerai makanan Islam pun banyak. Rupa-rupanya dorang ni berniaga sakan waktu malam. Nasib baik guest house yang kami sewa ni berdekatan dengan semua tempat ni. So, senang la kami nak balik hotel dan kuar balik berulang kali. Kali nie kami cuba makan di kedai SAREEFAH. Makanan halal senang untuk dicari berdasarkan lambang bulan dan bintang... lambang itu menanda kan HALAL atau pun logo halal.
Menu makan malam kami paprik ayam + nasi putih + tomyam seafood + spring roll + air teh ais susu + teh o ais.. total 320 THB... agak mahal..bg kami...



Selepas makan malam, masa untuk ronda-ronda kat depan Aonang Beach, kami tengok ada banyak betul kedai jahit. Semua kedai nampak eksklusif tapi kami x singgah mana2 kedai sebab sekarang dalam musim peak season. Malam ini hanya jalan2 and survey harga.. no shopping....

Ada banyak gerai makanan Islam kat sini, so takda masalah nak makan apa-apa pun. Harga pun tak mahal sangat, sama je kat warung di Malaysia. Yang paling istimewa....makanan wajib try di Krabi....Pancake (a.k.a. roti canai) .....memang terbaik !!!!!!








0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...