Filem Transformer 3 ini adalah kesinambungan daripada Transformer 1 pada tahun 2007 dan Transformer 2: Revenge Of The fallen, merungkai persoalan daripada siri yang sebelumnya. Dimana ia menceritakan tentang niat asal Megatron yang mahu menghidupkan bala tenteranya dengan menggunakan kuasa yang akan dijana daripada All Spark Kiub dan The Matrix, sebagai 'teleport' Cybertron membina semula planet transformer ke bumi. Bukan untuk menaklukinya.
Pada tahun 1961, The Ark iaitu kapal yang membawa teknologi teleport bersama kunci penghidupnya telah terkandas di bulan semasa The ark cuba melarikan diri untuk mengelakkan teknologi tersebut dirampas pihak Decepticon. Amerika dan Russia belumba-lumba untuk sampai ke bulan demi mendapatkan maklumat tentang makhluk ini. Akhirnya pada tahun 1969, Apollo 11 telah berjaya mendaratkan angkasawan iatu Neil dan seorang lagi rakannya. Kejayaan Amerika bukan sahaja melakar sejarah tetapi mengambil sampel kapal yang terhempas di bulan.

Optimus Prime naik berang apabila mendapat tahu manusia merahsiakan penemuan kapal The Ark di bulan daripada pengetahuannya. Optimus pergi kebulan dan membawa balik ke bumi Sentinel iaitu pemimpin di planet mereka. Penceritaan mengenai kehidupan Sam Witwicky bersama kekasihnya Carly juga diselitkan memantapkan lagi jalan cerita filem ini. Watak Carly(Supermodel Rosie Huntington-Whiteley) juga setanding Megan Fox, sama hebat, sama seksi..mengancam.
Sentinel yang pada mulanya memihak kepada Autobot menampakkan kekuatan menentang Decepticon tetapi rupa-rupanya Sentinel adalah pengkhianat yang bersubahat dengan Megatron mengaktifkan teleport untuk membawa planet mereka ke bumi. Muslihat Decepticon untuk menghapuskan Autobot tidak berhasil apabila Rocket yang menghantar Autobot keluar dari bumi diletupkan tanpa Autobot didalamnya. Sam nekad untuk menentang Decepticon sendirian demi mencari kekasihnya Carly yang ditangkap. Kemunculan semula Autobot hanya selepas bandar dimusnahkan. Pertarungan hebat antara Autobot dan Decepticon begitu hebat sekali dan rasa tak puas tengok lagi.
0 comments:
Catat Ulasan