Halaman

Khamis, 14 Jun 2012

7 Motivasi Perniagaan Internet - by Mr Ashraf, Wangcyber.com

Just to share...
Motivasi penting dalam perniagaan internet…Motivasi boleh diibaratkan sebagai petrol yang memacu usahawan internet untuk mengejar cita-cita. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi motivasi dari rancangan Breakthrough with Tony Robbins, sebuah rancangan yang dikendalikan pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Anthony Robbins.
Dalam rancangan Breakthrough with Tony Robbins, Anthony Robbins menyatakan terdapat 7 langkah untuk memotivasikan diri iaitu :
1. Change the environment
Ubah persekitaran cara kerja kita, cuba untuk bekerja dalam pelbagai bentuk keadaan dan akan muncul pelbagai idea baru.
2. Face the problem
Hadapi pelbagai masalah dengan tenang, anggap masalah itu adalah cabaran yang perlu dihadapi jangan lari daripada masalah.
3. Expand your limit
Besarkan had diri anda, sekiranya bulan ini anda dapat 4 angka, target untuk dapat 5 angka bulan depan, sekiranya dah tercapai 5 angka, target 6 angka pula.
4. Change your perspective
Ubah perspektif terhadap kehidupan. Sekira berhadapan dengan kesukaran dalam kehidupan, cuba untuk lihat orang yang berada dalam keadaan lebih teruk lagi dan hargai kehidupan.
5. Own the lesson
Pelajari kehidupan daripada orang yang pernah melalui jalan kesusahan yang kita ingin lalui. Dari situ kita dapat mengelak melalui kegagalan dan mempercepatkan proses mencapai kejayaan.
6. Design the future
Bina masa depan dengan spesifik, cuba bayangkan anda sedang menikmati gaya kehidupan yang anda idam-idamkan, kereta idaman, astana idaman, isteri idaman…
7. Take Action
Terus bertindak untuk mencapai cita-cita dan kehidupan yang anda idam-idamkan. Jangan tunggu lama-lama untuk memulakan langkah pertama.
- Posted using BlogPress from my iPad

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...